Followers

Saturday, May 28, 2011

Kenapa Nak Kahwin Lambat? Rugi wooo..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Minggu lepas, sebelum aku pergi kerja tengok MHI(Malaysia Hari Ini) TV3.. tajuk yang agak menarik. pasal kawen lambat.. Isu nih mmg agak sensitif terutama pada mereka yang masih belum berumahtangga diambang umur menjangkau 30an hingga 40an.. 

Teringat zaman lepas tamat belajar. Sorang demi sorang kawan mengikat tali pertunangan, berkahwin dan ada juga telah menjadi ibu. Aku dah mula tertanya-tanya 

"bilalar aku nak camni tu ek?"*padahal baru 24tahun masa tu hehe*


Sebenarnya banyak sebab kenapa ada sesetengah orang berkawen lambat tak kira lelaki atau perempuan seperti..

* nak orang penuhi ciri-ciri lelaki/wanita idaman..
Rasanya semua orang kalu dibandingkan ciri-ciri idaman nih mesti nak dekat-dekat sama. Contoh; rupa yang sedap mata memandang, beriman, kaya bla-bla bla. kalu nak ikut semua yang dilistkan memang susah nak cari. Bertolak ansur ah. Kita pun bukan sempurna mana nak cari yang serba perfect ye tak?..

* duit tak cukup... 
ni antara masalah utama. nak kahwin duit tak cukup padahal calon dah ada. Sebab kadang-kadang keluarga melebih-lebih dari pengantin. nak nampak hebat. tak nak orang mengata. pepatah,kahwin sekali seumur hidup apa salahnya. Padahal, duit simpanan manalah cukup untuk tampung semua kehendak tu. Akibatnya bercintalah atau bertunang bertahun-tahun sampai ada yang 5,6 tahun dek nak cukupkan duit. Utamakan yang wajib sudah..

* tak puas enjoy.. 
kebanyakkan yang guna alasan nih lelaki tapi ada jugak segelintir wanita. belum puas nikmati zaman bujang. nak enjoy duit gaji puas-puas sebelum ready nak share dgn husband/wife. tapi kalau umur dah menjangkau 40an.. Adakah masih tak puas enjoy?

* belum ready untuk komitmen.. 
perkahwinan bukan seperti zaman bercinta sebelum kawen. Bukan sekadar komitmen bersms, bergayut ditelefon dari pagi hingga ke nak tido. lebih dari itu. Apa sahaja yang kita buat akan sikit sebanyak akan kena tempias antara satu sama lain. Perkahwinan juga melibatkan banyak hati dalam dua keluarga. Banyak yang perlu dijaga dan komitmen kekal hingga ke akhir hayat InsyAllah. Sebab tu bukan semua org ready nk beri komitmen perkahwinan apatah lagi sesetengah org lelaki tak ready nak kawen *maaf, inilah kenyataan* beberapa BFF aku terpaksa letak noktah dalam relationship bila lelaki tak tau sampai bila nak beri komitmen untuk berkahwin..

Semua yang aku tulis diatas dari pemerhatian, pembacaan dan orang-orang keliling aku.. Kalau korang ada nak share sebab pun boleh.. hehehe ;)

7 komen:

naem glizzy said...

hehe kite xpernah xsetuju pendapat sis :)

tapi tula, selalunye org lambat kawen ni mostly sebab kekangan duit. xcukup. kan?

syafeeqa said...

jawapan nyer tak puas enjoy.. hihi..

Sarah Khan said...

salam ;)

err tapi saya baru 22. belum lulus cemerlang dlm bidang masakan. hehe *joke

http://nukilangadisbiasa.blogspot.com/

Scha406 said...

ape pun, soal jodoh ni adelah ketentuan dr Yang Maha Esa.....kite hanya mampu merancang dan berusaha, selebihnya terserah pd takdir....

n setiap yg blaku tu pasti ade hikmah disebaliknya kn...

CikPuan Fara said...

naem: yes, kamu mmg adik yg baik heheh. mmg betul, sbb kekangan duit. depa buat camtu, hangpa pun nak buat jugak. payah ah huhuhu..

syafeeqa: hehe.. xpe, kamu maseh muda belia ;)

sarah: hey sweety. alahai kamu baru 22.. sila khatam dulu hokeh ekekeke ;)

sya: yes, sha.. sgt betol. yg penting kita usaha.. the rest leave it to Allah swt =)

tia @ Ini Kisah Tia said...

yup ! kekangan duit . Tia dengan si dia dah bersedia untuk kahwin . kami pun dah bersetuju nak buat seringkas boleh . Tia langsung tak kisah kalau takde dulang ke , sanding ke , photograph ke .

cuma tu lah . ibu ayah Tia dah tahu Tia dengan si dia . sama juga dengan keluarga sebelah dia . keluarga dia tak kisah macamana pun . Tia cuma risau dengan mak ayah Tia . takut dorang nak buat grand bagai .

huhu .. insyaAllah hujung tahun ni kalau takde halangan .

CikPuan Fara said...

Insya Allah.. moga dipermudahkan semua urusan tia.. Aminnn =)