Followers

Friday, March 30, 2012

Update 22weeks: Baby dah sebesar betik!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Alhamdulillah.. 
baby dalam perut ibu dah 22 weeks (5 bulan lebih) =)
Kalau tengok kat bawah ni dah sebesar sebiji betik!
credit: google
Update 22 weeks by babycenter.com.my
"Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 


Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan. 


Berat Fara sebelum pregnant: 55kg.. 
Sehingga minggu lepas 21weeks: berat 59kg. 
Dah naik 4 kg sepanjang pregnant! 
Naik lingkungan 1.2-1.6kg sebulan. 
Harap-harap lepas nih berat tak naik mendadak..
risau sekarang nafsu makan sangat dasat huu~~ ;p


p/s: dah tau gender baby! =)


Happy Weekend Semua!!

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesdays: Si Comel!

credit: google
melting~~

**hari-hari tengok gambar nih. geram! comel sesangat kannn?

Friday, March 23, 2012

Tak Puashati dengan hospital swasta!

Assalamualaikum wbt & hello Peeps!

credit: google
Minggu lepas Fara balik JB + en somi pun cuti sekolah sekali, so lamalah sket dapat balik. Fara memang plan nak buat detail check up baby dan scan 3D/4D sekali kat hospital swasta femes kat JB ni *nama hospital dirahsiakan*. Kalau kat JB, memang spital ni memang diwar-warkan terbaikla, service tip top jika dibandingkan dengan spital gomen. 

Okay meh baca experience Fara kat sana. Bila sampai je, terus register. Beritahu yang Fara nak buat 3D/4D scan etc. Nurse kata okay, tunggu doktor datang. Then amik berat, tekanan darah dan buat urine test. Lepas buat semua tu, duduk tunggu giliran. Sementara menunggu tu, ada nurse datang bagi info pasal breastfeeding baby. Masa tu memang sukalah sebab nurse tu kasi penerangan sangat jelas dan leh tanya macam-macam soklan.

Kemudian Fara dipanggil masuk. En somi pun eksited join sekali.. nak tengok baby. Doktor tanya ada masalah tak sepanjang kehamilan?.. dah rasa baby gerak tak?.. Dan dia soh Fara baring nak scan..

Sekali tengok mesin scan biasa- yang hitam putih (2d) tu. Dalam hati eh, tadi dah cakap nak scan 3d/4d. Berulang kali rasanya aku dok cakap.. Tapi Fara diam masa tu sebab khusyuk tengok imbasan baby gerak-gerak dalam mesin tu. Alhamdulillah baby sihat, jantung normal, heartbeat normal, air ketuban cukup, kedudukan plasenta normal cuma masih keadaan songsang (20weeks). Katanya banyak masa lagi untuk baby turun kebawah. Then doktor print gambar scan dan dia bagi next appointement untuk check up dan Obimin Pluz untuk makan.

En somi tak puas hati terus tanya pasal scan 3d/4d. Rupa-rupanya doktor yang Fara jumpa ni takde mesin 3d/4d tu. Yang ada lagi sorang doktor tapi tengah cuti. Boleh camtu pulak?? Kenapalah dari tadi tak beritahu xde? Dia punya pembantu (dr jugak) leh cadangkan kalau tak puas hati dengan scan tadi, mereka boleh referkan ke hospital lain yang boleh bagi lebih detail. Err tak paham soklan ke hape?

Lepas tu, sambung kena amik darah dan urine lagi sekali. Nurse yang amik darah tu sangat kasar. Sampai lebam okay.. Bukan apa, Fara dah pernah amik darah kat Klinik Kesihatan tapi nurse kat sana sangat lembut dan xde pun lebam-lebam semua. hangin lagi!

Total bayaran retu.. RM300 tapi hasilnya sangatlaaa tak memuaskan hati. Mungkin nasib Fara tak baik kut retu sebab dapat doktor xbest. Tapiiii... arghhh.. terus tawar hati nak bersalin kat situ =(

**tempat canggih, bayaran mahal tak semestinya service terbaik --'