Followers

Thursday, April 28, 2011

Jemputan kahwin WAJIB ke bagi kad kahwin?


Salam & Hello peeps!

Tadi sedang aku dok mengelamun sensorang
 (husband maseh outstation lagi uhuks)
aku tertengok atas meja..
ada 4 kad jemputan perkahwinan ahad nih (1 May 2011)..
wahh , banyak je jemputan.. dekat-dekat pulak tu tempatnya
*punah harapan diet untuk ke 1000 kalinya hahaha*

Buka facebook.. oh ada lagi 2 jemputan secara cyber..
nampaknya kena adjust "jadual perjalanan" 
lepas tu tengok pulak komen-komen kat wall jemputan..

"wei, mana kad kahwin ko?.. kalau takde, aku tak nak pergi!"

" tak mainlar jemput dalam FB nih, aku nak real kad"

"oit nak save bajet ke jemput dalam FB jek?"

wahaha kemain lagi masing-masing nak "real" kad
teringat masa aku nak kahwin dulu
 aku jemput orang guna pelbagai method..
"real"kad kahwin, facebook, telefon, sms,
 jemput pakai mulut pon ada..

Pada aku, tak semestinya kahwin kena jemput 
HANYA dengan kad..
yes, nampak lebih proper bila jemput guna kad..
Tapi tak salah kalau guna kemudahan 
yang dah sedia ada kan?
Macam facebook.. most of people ada facebook.. 
hari-hari buka facebook
Jadi lebih senang sampai beritanya ye tak?
"Jemputan" tak kan hilang ditengah jalan *pakai pos*
Even dia jemput thru facebook sahaja doesn't mean 
"ajak-ajak ayam" kan
 *intention terpulang pada yang menjemput*

Rasanya tak perlular nak keluarkan perkataan.. 
"Kalau takde real kad, taknak pergi"
The funny part is yang keluarkan perkataan tu orang yang paling rajin melepak kat rumah bride to be.. 
Kenapa kalau takde kad tak nak pergi pulak?.. 
Unless tempat majlis tu haram ko tak pernah jejak 
& confirm sesat..


Dan
orang jarang nak simpan kad kahwin orang lain 
Selalunya setakat untuk tengok "kecantikan" kad,
untuk tengok map ke tempat majlis.
 Lepas tu Insya Allah, ia akan terperuk dalam dashboard kereta 
atau biar berabuk dalam laci bersama-sama kad terdahulu..

Ni sekadar pandangan aku, masing-masing ada pendapat sendiri kan =)

p/s: Sometimes bride to be akan EXTRA sensitif
 esp dekat-dekat nak kahwin.
So please mind your words toward them ;)

Tuesday, April 26, 2011

Rindu setengah mati..

Salam & Hello peeps!

Aku
Sudah mula rasa rindu..
Sangat rindu..
rindu lagi..
uhuks..

Sebenarnya my husband outstation for 5days!! Kena pergi kursus.. Sangat sedih setiap kali dia kena pergi kursus. Last month 4 days pegi kursus.. and on the 3rd day.. aku demam teruk. Tahap tak boleh bangun.. lembik je rasa badan :( But magically, bila dia balik demam beransur baik pulak.. 
*hahaha sila kata aku gedik* 
Cuba untuk mem"bz"kan diri tapi rasa empty je uhuhuhu..

Tak tau macamana dengan wifey lain.. ada rasa camni jugak tak??

dulu masa mula-mula kawen, we'all PJJ.. selalu nanges dgr suara husband kat phone esp bila sgt stress keja kat ofis, everytime lepas hantar dia kat airport, nanges lagi.. balik umah, tengok tempat dia selalu lepak, nanges lagi.. Org kata biasalar tu baru kawen. But after a year maseh macam ni.. Normal ke tak normal aku nih.. cam obses dengan husband sendiri pulak hahaha.. 

p/s: cepatlar hari jumaat...

*nota kaki: PJJ-perkahwinan jarak jauh*

Monday, April 25, 2011

Budaya angkat-mengangkat

Salam & Hello peeps!

Korang mesti pernah tau dengan budaya "angkat" kan?..
"Angkat" kat sini bukan bermakna amik anak orang lain dijadikan anak angkat sejak kecik.
"Angkat" kat sini bermakna sesuka hati offer anak orang lain untuk dijadikan adik beradik secara tak rasmi.

Rasanya perlu tak title adik, kakak dan abang angkat?..
 tak boleh eh jadi member?..
lama-lama kalu ngam leh jadi BFF..

maybe ada yang bagi reason
nak ada orang caring cam adik-beradik..
seronok bila orang bagi perhatian extra..

especially time sekolah/asrama..
dah jadik cam lumrah kalu orang tu ada adik angkat la,
kakak angkat la, abang angkat la
sesape yang ade lebih 2 orang "angkat" nih
ala-ala femes.. glamor ah gitu hehehe
apatah lagi time dedication sesama student..
dapat bunga ah, cekelat ah, lollypop ah
tu belom lagi dapat friendship band..
mesti nak matching dengan ke"angkat"an nya

budaya angkat-mengangkat ni
dah macam budaya turun-temurun
dari dulu sampai sekarang ade..
tapi
dari apa yang aku tengok
ke"angkat"an nih jarang kekal lama..
bila dah masuk U/kolej dah mula lost contact
maybe jugak dah makin dewasa
baru tu baru rasa pelik nak ber"angkat"an kot hehehe
korang pernah ada tak adik, kakak & abang angkat nih?
jom share cerita..
p/s: aku dulu takde angkat-angkat ni.
maklum ah tak berapa femes kat sekolah huhuhu -,-

Saturday, April 23, 2011

Tanda-tanda lelaki tu LOSER..


Salam & Hello peeps!
Kita kembali dengan segmen cinta ye hahahaha.
Aku listkan beberapa tanda-tanda lelaki tu seorang LOSER..
Seperti;

## lelaki yang gunakan korang untuk kesenangan sendiri
pergunakan korang dengan selamba.. melantak duit korang tanpa segan silu, balik-balik korang je kena call, kena belanja makan lar, tengok movie ah, pastu buat keta korang cam harta mak bapak dia je. Ade yang lagi teruk pau gf rokok dgn top up henfon.
 
## lelaki yang selalu melengahkan masa utk kawen dgn korang
Lain ah kalu maseh study lagi ke baru keja ke.. tapi kalau dah bertahun-tahun together.. tapi tanpa sebarang inisiatif untuk kukuhkan hubungan.. Alasan takot dikecewakan atau tak sedia lagi takleh pakai dah.. Kalau betul-betul sayang, takde maknanye nak lengah-lengah..

## lelaki yang tak mahu kenalkan korang dekat kawan-kawan/family dia
selalunya kalau seseorang nak serius dalam relationship mesti dia akan kenalkan gf kat kawan-kawan/family. Melainkan nak wat stok "kekasih gelapku" atau skandal je..

## lelaki yang ayatnya terlalu manes dan pandai putar belit ayat
dia selalu saketkan hati korang.. macam-macam dah dia buat tapi bila dia pujuk balik.. end up korang sambung balik relationship dengan dia. dengan harapan DIA AKAN BERUBAH..

## lelaki yang utamakan kengkawan secara berlebihan
pada dia, kawan penting dari segala-galanya. Main futsal, lepak, main game.. Tapi gf penting gak LOL. Esok kengkawan semua dah kawen, ko nak kawen dengan sape?..

## lelaki yang terlalu mengongkong
kepercayaan tu sangat penting ah. Kalau asek mengongkong, asek was-was baik takpayah couple..

## lelaki yang suka bermain perkataan “break off”
sangat tak matang.. lepas tu tak sampai beberapa lama, menangis merayu-rayu macam nak mati minta rujuk. Tolong ah. Bila tengah hangin, nak break off la take off la. Bila dia nak cold, baru nak mintak maaf. Helo, ingat gf ni barangkah? Takde perasaan?

## lelaki yang selalu sangat cerita pasal ex-gf dia
nampak sangat tak leh lupa ex-gf lagi. Spesis ni kalau ex-gf pujuk balik confirm cakap bai-bai kat korang..

## lelaki yang tak menghormati kaum perempuan
kalau dorang jenis dengan mak sendiri pon melawan, maki hamun.. sila tinggalkan ah lelaki camni. Dengan mak sendiri pon tak reti hormat.. takde maknanyer dia akan hormat isteri bila kawen nanti..

p/s: TAK SEMUA lelaki seperti digambarkan diatas ye.
Ni dari pemerhatian aku je :)


credit: Blog Kupu-kupu =)

Hari ni 1st Anniversary kahwin =)

Salam & Hello peeps!

Last year
23rd April 2010 (friday)
with one lafaz..
Officially im Mrs Fazlee


I made the best decision in my life a year ago..
Every day I thank Allah s.w.t for your existence..
Happy 1st Anniversary to my dear husband!
May our marriage be blessed,always.
Amin.

 

I LOVE YOU ^^

Thursday, April 21, 2011

Perkara yang pompuan TAK SUKA bila bercinta..


Salam & Hello peeps!

Sejak dua-tiga menjak nih, aku da jadi cam kaunselor peribadi dengan few BFF.. dengar masalah cinta dengan boyfren memasing tentang beberapa perkara yang
TAK SUKA bila bercinta nih..
seperti;

## si dia mulakan semuanya.. ngorat-mengorat, amik inisiatif pelbagai usaha untuk menackle pujaan hati. sanggup susah payah bagai... ayat manis berbungkus-bungkus tahap kalu semut makan pon bleh mati kena diabetes
TAPI
bila dah beberapa ketika bercinta dah start tunjuk true color.. berubah sikap, ambil lewa dan end up pompuan yang akan berusaha untuk jaga relationship..

## bila dengan girlfren.. bukan main lagi mengada-ngada, manja mengalahkan budak kecik,
liuk lentuk cam sotong terkeluar tulang 
TAPI
 bila depan kengkawan control macho, control hensem.
 Amat jarang ye nak panggil sayang-sayang.
Cakap pon nak control memanjang..
Tak nak nampak "lembik" kot??

## masa mula-mula bercinta, bukan main lagi hantar sms.. memanjang je nak 3G, call sampai berjam-jam.. dalam facebook pon bukan main asek bagi komen berjela-jela
TAPI
setelah beberapa ketika bercinta ayat-ayat sms dah makin kurang.. seperti;

mula-mula bercinta     : okays sayang.. i love you..
1 bulan bercinta    : ok syg.. luv u..
6 bulan bercinta     : k syg..
setahun bercinta     : k..

lama-lama dah tak reply teros sms.
bila tanya busy la. tak sempat tengok henfon.
 Padahal kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih LOL.
otw g toilet bleh sms hape?..

## dalam diam-diam cuba ubah girlfren jadi org lain..
jadi orang yg dia suka.
kan lebih baik carik je pompuan seperti tu..

  cth 1: paksa pakai skirt labuh padahal si girlfren ni punyalar tak suka. Kan lebih baik cari aje org yg pakai skirt labuh dari ubah jadi org lain ye tak?

cth 2: suka girlfren lepak dengan dia je. Takleh dah nak hangout dengan geng-geng.
Helo. Blom kawen lagi kot dah control bagai.. ape cer?

## rasa girlfren dah jadi "hakmilik" jadi suka-suki dia je. Kalau tak ikot, mulalar kata..
"Awak nih tak memahami saya langsung!.."
Pandai putar belit ayat sungguh
supaya si girlfren rasa bersalah..


## kata sayang TAPI kenapa dia paling selalu buat girlfren menangis? Errrr..


p/s: TAK SEMUA lelaki seperti yang digambarkan diatas yer.. Ni sebahagian dari kompilasi cerita aku kumpul dari BFF.. maybe ada yang pernah terkena kannnn ;)

Wednesday, April 20, 2011

Best tak kahwin?

Salam & Hello peeps!

Sejak dari mula-mula kawen sampailar sekarang..
aku selalu ditanya especially member-member yang belom kawen..
BEST tak kahwin?

Jawapannya
.
.
.
.
.
.
.
.
Sangat best! Sila kahwin segera!!
wahahahaha kemain lagi jawapan aku hehehe

paling best sebab;

##Husband menjadi pakej ALL IN ONE..
Dia jadi suami, bestfriend, teman suka duka,
teman gurau-senda,
 teman gaduh, teman tido (oppss! hahaha)

## Jadikan aku Lebih bertanggungjawab..
Yelar, dulu masa bujang dok dengan family..
 bab masak memang tak amik pot..
 kalu tolong pon cuma potong-potong bawang, sayur..
Kain baju pon tak amik pot jugak..
Semua mak handle..
 *ye, aku amat malas dulu*
TAPI
bila dah kawen nih..
dah dok bersama serumah,
alhamdulillah everyday aku masak walaupon kerja 9-5pm..
Kain baju hari-hari basuh..
 Seeee?? Kahwin memang buat aku lebih tau tanggungjawab

##Nak pegi mana-mana pon takde hal dah..
Nak hangout sampai subuh pon takpe..
JAIS pon takleh tangkap basah. 
Ada lesen besar kan heheheh

## Dapat keluarga mertua yang sporting.
Alhamdulillah, family mertua terima aku cam family sendiri.
Sangat supportive dalam apa saya kerja aku buat..
sangat ambil berat
*my MIL rajin call tanya khabar & berborak-borak sakan*
macam mak sendiri :)

## Hidup lebih tersusun & ada tujuan..
 Dulu masa bujang bab membazir duit gaji aku nih No1..
Tapi lepas kawen lebih suka saving..
for our own future..

## dan... berkahwin dapat banyak pahala.
Even tengok husband dengan rasa sayang pon dapat pahala
*tgk bf, dgn rasa sayang dpt dosa okay heheh*
 boleh solat jemaah dengan husband
bila salam tangan husband pagi raya..
syahdu okay. takleh gambarkan ah

aku takde ah pakar bab nikah kawen nih.
baru setahun kawen. But sharing is caring kan heheh ;)

Monday, April 18, 2011

Mulut longkang


Salam & Hello peeps!

kekadang dalam sehari, ada tak perkara yang buat korang annoying sangat?
Annoying kat sini maknanya datang dari mulut orang..

Dulu masa kat U.. aku bukan jenis yang bila ade bf je bawak jumpa family, sedara-mara. Just kengkawan je tau. Bukan apa, belum ade plan lagi nak kahwin masa terdekat so tak mau la dok menayang kat family, sedara-mara. Manalar tau kot2 takde jodoh.. kan ke malu..

tapi.. masalah nya mulut pakcik-makcik dok menanya..

"takde bf ke ko nih?.. anak aku si Polan dah ade bf, engineer Petronas kauuu. Masa sekarang ni lar pilih laki.. kang dah kerja tak laku!"

aku jenis jawap selamba je

"well, saya ramai sangat orang nak makcik.. tak tau nak pilih mana satu"
haaaa Haamikkkk ko.

Bila da kerja.. makin dahsyat mulut orang..
selain sedara-mara, pakcik-makcik opis n ntah sapa-sapa yang aku jumpa tanya..

"ko ni tak nak g mandi bunga ke?..
Bagi seri sket muka tu?"

"ko nak tak makcik adjustkan anak jiran makcik untuk ko?.. 
Yelar tak nak la aku tengok ko jadi andartu"

" ni bila lagi nih?.. umur dah berapa?"..

aku dengan lurus nya jawap..
" 26 tahun makcik"..

Lepas tu dia jawap
 "hahhhh!! 26 tahun? anak makcik umur tu anak dah 4.. "

 aku sengih je lar. takkan aku nak jawap..
dah tak sambung belajar,
lepas spm terus kawen mestilar anak dah ramai..
*tapi takot kata aku kurang ajar pulak, aku diam je lar..

Bila aku kawen je.. lagi ramai dok tanya..
 tak kiralar yang belum kahwin ke
dah kahwin ke pakcik-makcik ke..

"dah ada isi ke? makin tembam je tengok ko nih"..

"belum lagi? korang ni merancang ke hapa?"..

"si polan baru kawen, terus lekat, korang nih ntah bila lar ek?"

 yang paling selamba ade tanya..
"ko ni belajar je sampai degree, tak pandai "buat" ke?
 Apakahhh??

aku jawap je...
" bukan tak pandai buat tapi
Allah swt belum nak bagi saya.
Boleh tak tolong doakan saya?

Hello, aku rasa ah semua orang dah kawen nak anak.
 Orang belom kawen yang beromen kat hotel murah
 je taknak anak..
bila dapat anak, buang dalam tong sampah..

 Jodoh, Pertemuan, Rezeki ketentuan Allah swt
kita hanya mampu berusaha, doa dan tawakal
Tolong ah bagi moral support bukan dok down kan orang..
Aku takdelar tua sangat.
 Ada lagi 3 tahun kot nak 30tahun.
Dorang yang tanya ni lebih-lebih kurang sensitiviti
atau lebih sesuai digelar mulut longkang
kalu kena kat kaum kerabat sendiri baru paham kot.

Sorry ah kalu entry ni teremo lebih.
Aku nak luah rasa ketidakpuasan hati kat
 mulut-mulut longkang kat luar sana..

p/s: Tolong doakan aku cepat dapat rezeki baby ye.
Thank you ^^

Sunday, April 17, 2011

Barang Baik Punya!!

Salam & Hello peeps!

Seperti yang korang tau.. Aku n husben ada buat online biz..
Ada tambahan perfume baru..
Untuk eyeshadow MISS ROSE sila scroll sampai page last..
Sila tengok SINI

Thank you!

Saturday, April 16, 2011

Kenapa AF9 tak best?


Salam & Hello peeps!

Waaahh aku sekarang dah macam pengkritik hiburan pulak.
Inilar ciri-ciri orang selalu usha blog Beautifulnara hehehe
Sambil-sambil tengok Konsert ke-2, AF9 tadi aku dok fikir..

Napa ek AF9 cam dah TAKDE AURA?

Aku rasa sebab;

** Dah tiap-tiap tahun ada AF. Orang dah muak tengok bakat baru yang takdelar berbakat sangat. Harap gosip-gosip cinta antara pelajar, cerita keluarga kat kampung susah, menangis tak boleh bawak lagu, kena marah dalam kelas cam nak rak tapi outcome hampeh.
Kezutan dah tak terkezut dah.
Orang kata dah tak rasa surprise.
Artis datang masuk kelas, artis tetiba join sekali masa nyanyi atas stage, video nak mengusik pelajar.
 Orang dah boleh agak LOL.

** Napelar dulu Aznil Haji Nawawi stop mengacara AF?.. Sebab AC Mizal, Sarimah n Jimmy takde aura ah nak mengacara rancangan realiti yang dulu famous nih..

** Lambakan ex-pelajar AF1- AF8.. Berapa kerat sangat ah yang ada album sendiri. Ramai je yang bungkus balik kampung halaman adalah..

** AF9 nih pentas sempit.. penyokong yang dekat dengan stage tu menyemak je. Dulu AF ada kamera tersembunyi kat tempat belajar, skang ade cameraman dok mengekor student. Apalagi kelas sekarang buat dalam tempat ala-ala akuarium compare dulu dok banglo bagai.. Kengkonon nak dedahkan dorang dengan public tapi lebih nampak astro nak save budget je kuikuikui

** dalam banyak-banyak AF, aku paling suka AF2. BEST!
*dulu aku vote zahid af2 hehehe*


p/s: aku suka lar suara Fina yang nyanyi lagu Jaclyn Victor tu..
(kalu ada pelajar AF gugur, dia memang calon terbaek ah)

Shopping = Best therapy ?


Salam & Hello peeps!
Aku 100% sure kat sini ramai yang sukaaa shopping kan.
termasukla aku
since dari universiti, aku memang peruntukkan duit utk shopping.
walaupon guna duit ptptipu *sila jangan ikot*
cuma agak terhad ah duit tu. takleh shopping sangat..

bila dah kerja,tanduk shopping aku makin mencanak naik.
maklum ah duit sendiri.
pompuan ni memang macam-macam benda nak beli
kasut ah, blouse ah, tudung ah, hairband ah
aku bukanlah jenis nak beli branded
orang kata ukur POKET dibadan sendiri
beli kat Uptown, Pasar Karat pon takkesah
asal cantik n kualiti okay, aku sambar aje
yelar, berapa lama sangat baju nak pakai..
last2 jadi kain buruk jugak LOL

tapi lain ah handbag, jam tangan
pada aku barang camni sesuai kalu beli branded sket.
longlasting orang kata hahaha

kalu kat kl, aku paling suka shopping kat Sungei Wang Plaza
sebab barang-barang murah n ikot trend semasa
kira kalu bawak RM100 tu, boleh lar angkut 2,3 helai blouse
 kalu compare g shopping kat KLCC kan..
Sehelai pon belom tentu..
tu pon dapat t-shirt bodo-bodo je -,-

camne pulak dengan korang?
suka shopping katne? kenapa suka shopping situ?
jom ah share.. :)

Thursday, April 14, 2011

Bila Ex-boyfriend kahwin..

Salam & Hello peeps

Hangat tak hangat ah tajuk kat atas ni kan..
Cerita nye gini, semalam bestfren aku tetiba msg aku..

BFF: wei, ex-bf aku kawen ah sabtu lepas..
            Aku : exbf ko yang mane? ko kan banyak ex bf hahaha
BFF: ala yang last.. MR R lar.
Aku: omaigod!!!! dia kawen???

The reason aku terkejut cam nak rak tu sebab..

1) aku orang yang paling rapat dgn bff aku nih. yelar kata bff kan. jadi semua perjalanan cinta dorang dari tackle-menackle sampai break off semua aku tau.

2) Ex-bf dia ni memang kemaruk cinta abes dengan bff aku nih sepanjang mereka bercinta. Sanggup amik mc walaupon baru 2 hari keje semata-mata nak antar bff aku kat puduraya nak balik kg.. sanggup duduk kat mamak main game farmville dgn cafe world dari pagi sampai petang semata-mata tunggu bff aku g interview.. dan macam-macam lagi ah kesanggupannya tu..

3) Mereka putus atas alasan yang tak munasabah. Hanya sebab bff aku tegur dia sebab sikap endah tak endahnye. *ade sesetengah lelaki ni kurang sifat sensitiviti* lepas tu terus ex-bf dia diam seribu bahasa. takmau dah cal. takmau dah reply sms. even nampak online YM pon bila bff aku tegur, dia buat bodoh je. Bila cal ex-bf minta time off. kengkonon belom ready nak komitmen. Apakah???? *aku plak yg emo*

4) After a month, ex bf dia dok senyap je.. bff aku pon cal lar tanya apa status dorang sekarang.. Couple lagi ke? da break ke?.. nape gantung tak bertali nih?.. Boleh tak exbf dia cakap..

"Kita break je lar. saya bukan untuk awak. Kita tak sesuai, kita jadi kawan biasa lar. Lagipon saya taknak ade komitmen sekarang"

Huh.. sesedap mulut je cakap. Kalu dekat maunya aku bagi flying kick satu. *sekali lagi aku emo terlebih hahaha*

5) Lepas dari tu, ex bf dia ni langsung tak dengar cerita.. Setelah beberapa bulan.. tup tup dengar dia kawen!!!!!

Secara kesimpulannya untuk cure rasa saket hati tahap gaban tu,

*** Please STOP STALKING exbf punya facebook, blog, twitter atau apa-apa sahaja seangkatan dengannya. Selagi dok stalk ex punya laman sosial tu, secara tak langsung hati sendiri yang saketkan. Apalagi tengok pic kawen dia yang pelbagai posing tu.

*** Kena MAAFKAN exbf. Yes, memang susah sebab kengkadang cakap kat mulut tak sama dengan hati. Kena let it go. Dalam life ni, tak semua orang akan stay dengan kita the whole life. People come and go. Dari situ we learn menilai hati orang.

*** Mengadu dengan Allah s.w.t. This is the best medicine! Tak ade ubat lagi baek dari mengadu dengan Allah s.w.t. Jangan ah bila dah cam nih baru carik sejadah. Selalu doa mohon tabahkan hati, minta petunjuk yang baik. Insya Allah, hati kan selalu tenang.

*** Dah namanya exbf, yang pernah masuk dalam hati. Sket sebanyak pon mesti ade sket rasa tersentuh kan? Tapi dia dah kawen maknanya ternyata bukan jodoh korang. NOKTAH.
*** Ada lagi tips-tips heart broken aku pernah bagi kat entry ni.. sila tekan SINI 
Jom dgr lagu bawah ni.
Aku suka lagu nih esp tengah down.
paling suka lirik yang last sekali
"Menyerahlah untuk menang"
-very meaningful-
Dewa Hadapi Dengan Senyuman

Hidup terlalu singkat untuk menangisi orang yang tak mungkin akan membahagiakan kita. Chill babe! =)

Tuesday, April 12, 2011

Lagu Super Comellll !

Salam & hello peeps!
Ak nak share lagu yang pada aku SUPER COMEL
*lagu pon ade rupa hahaha*
sukaaa sangat
sesuai untuk lagu tema di hari kahwin..
aku dedicate lagu nih untuk encek husben tersayang ^^



Auburn - Perfect two

Trilogi henfon aku

Salam & Hi peeps.

Sekarang nih aku tengok handphone makin lama makin canggih manggih. 
kat opis ni, separuh staff pakai
i-phone, blackberry
aku je yang tak berapa up to date
pakai sony ericsson.. cap lama punya.
apadehal, asal aku leh cal/sms/mms/3G..
okay sgt dah

aku teringat masa mula-mula aku pakai handphone. 
tahun 2001.. 
time tu aku nak masuk matrikulasi. 
bapak aku belikan aku handphone "Trium".
 *bukan triumph ye*
Pernah dengar tak? 
bestnye henfon tu sebab kat bawah keypad ada tulis vodafone. ala-ala dari MU gitu hahaha
masa tu da bangga abes maklumlar tak semua orang ada henfon *malu plak nak citer hahaha*

ni ha gambar henfonnye..
sorry yg ni xde version tulis vodafone.
maklumlar cilok dari google -,-


Lepas setahun, bila masuk je duit ptptipu,
 aku pon beli henfon yang up sket masa tu Nokia 3310.
(three three ten orang panggil)
canggih woo henfon ni masa tu.
sound best. ade game ular yang best.
nak men sms paling best
henfon byk kali jatuh tapi memang kental.
tak rosak.



abes je matrikulasi.. aku tukar henfon lagi.
kali citarasa ala kakak-kakak sket.
henfon flip.
rasa bergaya sangat dah padahal maseh belajar lag
tapi henfon nih takde kamera.
 pakai kejap je sebab henfon flip jadi "2".
terpisah antara skrin dgn keypad.
gila ganas aku nih. 



sudahnya bapak aku belikan henfon baru untuk aku sambil kena marah huhu.
 suka sgt sebab henfon ni ada camera walaupon xcanggih.
 leh amik gambar dekat-dekat dengan muka supaya terasa diri comel
*sila lempang muka aku*
paling suka kat henfon nih sebab leh tukar2 kertas dalam housing.. guna aje balance-balance kertas bungkus hadiah wat housing henfon..



dah abes belajar..
dengan kumpul 3bulan dari gaji yang first, aku beli henfon baru.
ni ah henfon aku yang paling mahal pernah aku beli
ade 3g.. ade camera 2megapixel.. ade memory card..
maseh simpan lagi henfon ni walaupon da penuh dengan calar-balar.



Lepas few years keja, aku beli satu lagi henfon.
ni kira henfon ke-dua yang purpose nye lebih untuk personal.
aku pakai henfon ni all out sampai bateri asek "kong" je dek selalu 3G..
*aku pakai pakej celcom exec50- free 3G dgn subs hehe*
                      
                                                      

henfon diatas ni aku trade in bila da dok sama dengan husben..
takde maknanya nak pakai banyak-banyak henfon
jadi skang aku pakai 1 je henfon kat bawah ni..
walaupon henfon murah tapi function okay..
leh cal/sms/mms/3G
leh update status fesbuk
walaupon cuma via mobile web huhu

                   
                                                                                

                    aku memang suka tengok teknologi henfon
makin lama makin canggih-manggih
tapi kalu dok ikot trend menukar henfon..
         boleh rabak poket ler huhu*untuk orang macam aku*              
       aku bajet korang semua pon pernah pakai banyak henfon kan? kan?

p/s: blog aku lagi satu, dah update semalam. ade tambahan 5 perfume baru. jom tengok sini.. http://couple2f.blogspot.com                    
              
nota kaki: terima kasih en google semua pic. sorry ade besar ade kecik. aku malas nak edit ;)                                                           

Saturday, April 9, 2011

Terjebak cinta internet?


thx mr google


Salam & hello peeps.

Ada tak dikalangan korang pernah terjebak dengan cinta internet?..
Tak kira lar samada cinta geli-geli (skandal),
cinta serius tak pon cinta putus di tengah jalan..
Aku rasa ramai kot.
Lagi ah zaman orang pakai komputer ni kan?..

Dulu masa time sekolah dan mula-mula masuk universiti, tak macam sekarang.. Mana ada Facebook, Twitter, Ym..
Friendster pon belum wujud lagi..
Yang ada masa tu MIRC..
Haaa korang pernah dengar tak?..
Aku rasa budak-budak batch aku
yang lahir awal 80an- pertengahan 80an mesti tau..

Channel Kampung.. Mamak.. dan beberapa lagi..
aku pon tak berapa ingat dah..

Yang femes masa tu stail im, A/S/L = Age, Sex, Location.
Aku pon pernah terjebak gak dengan MIRC nih.
Tapi kemudahan terhad sangat.
Masa tu umah takde internet, cc pon bukan banyak cam sekarang..
Internet masa tu dikira maseh mahal ah kalu nak guna.

Bila lama-lama, dah makin canggih.. Friendster.. Myspace.. Tagged..
Sekarang budaya Facebook dengan Twitter takyah cakap ah.
Rasanye sape yang xde memang ketinggalan zaman..

Aku pernah terjebak dengan cinta internet okay,
tapi tak lar sampai tahap kahwin.
Tahap bercinta hangat-hangat tahi ayam je hahahaha.
Ada jugak kengkawan aku yang jumpa jodoh dalam internet. 
Yang penting, jangan percaya sangat cinta internet ni.
Kena check betol-betol. Kang ada yang jadi "Tipah Tertipu" ;)



Thursday, April 7, 2011

SHORT FORM?

Salam & Hello peeps!

Korang perasan tak sejak kebelakangan nih either
kat facebook, kat twitter, kat sms..

macam ni...

sapew = siapa
aq = aku
dy = dia
lgiew =lagi
nax = nak
lha =lah
buad =buat
yunk = yang (sayang)

erk.
terus terang aku tak boleh blah dengan short form camni.
SANGAT melambangkan ketidakmatangan.
Perlukah di short macam tu sekali ek?..

Tuesday, April 5, 2011

Tips for bride to be II

Salam & hello semua!

Aku nak share perasaan yang suka meng-usha blog yang review pasal kahwin. Eventhough nak dekat setahun kahwin, tapi aku sangat suka. Tak tau ah ex-bride to be lain.. kot2 ada tak penyakit sama cam aku nih hehe. Hasil review tersebut, meh aku share lagi few tips for bride to be. Kira ini sambungan tips for bride to be yang first dulu. Pada yang belum pernah baca, sila tekan SINI .

Aku bukanlar expert sangat bab-bab nikah kahwin ni tapi memandangkan aku dah kahwin.. nak gak ah share beberapa tips..

1) Kursus pra-perkahwinan ni memang WAJIB kena amek for those yang nak kawen (muslim). tapi ada je yang belum terpikir nak kawen pon pegi kursus nih.. kengkonon sebab ada geng meramaikan majlis heheh. But pada pendapat aku kursus kahwin sangat patut pergi masa betul-betul nak kahwin. Bukan apa, memang banyak info tentang rumahtangga sepanjang kursus 2 hari tu.. Camne kalau korang pegi kursus kahwin masa umur korang baru 19 tahun tapi umur 29 tahun baru kawen.. Korang ingat ke apa yang dicakapkan ustaz masa kursus kawen tu?.. Btul tak?

2) Ujian HIV pon mesti diambil oleh bakal pengantin. Ujian HIV ni laku untuk 6 month aje dari tarikh korang wat ujian tu. Kalau HIV positif tak leh kahwin tau. Kalu sesapa yang test positif tak silap aku kena kaunseling kat situ. Kejap je ujian HIV nih, tak sampai beberapa minit dah siap surat untuk bawak ke pejabat agama. Usually nurse akan seal envelope tu, kata SULIT. tapi aku dengan tunang (skang husben) gatal tangan nak tengok hahaha..

3) Prosedur kat pejabat agama kena settle ikut negeri lar. Isi semua borang lepas tu prepare serba sikit beberapa soalan seperti;

- mengucap kalimah syahadah
- betulkan bacaan doa qunut
-  rukun iman& islam
- tanggungjawab suami isteri
- dan beberapa soalan yang basic.

4) Selain tu, untuk bride yang free hair sila jangan basuh rambut pada pagi wedding.. sebab rambut akan lembut dan susah nak disettingkan.. Kalu malam sebelum tu, takpe..

5) Kalu pegi wedding fair, sila amik seberapa banyak pamplet tentang bridal. Jangan terus booking. Balik rumah, compare first.. tengok budget then baru pergi sana balik dan booking. Selalunya masa wedding fair akan ada banyak offer yang murah sikit dalam rm100-200. Memang tak banyak but you can save alot there.
6) For bride XXL plus size, please make your own wedding dress. No discrimination here tapi kalu pegi mana-mana bridal jarang atau takde wedding dress yang cantik for XXL plus size. Yang ada usually a typical baju songket bunga tabur. Daripada pakai je baju yang ada tapi hati dok memberontak tak best jugak kan?.. kata big day suppose your happiesttt day.

7) Berkenaan dengan barang kemas untuk batal air sembahyang.. Ada yang bagi cincin, gelang tangan, rantai. Cam aku dulu, husben bagi gelang tangan & rantai sebab da dapat dua cincin (cincin risik dan cincin tunang). Ada yang suka emas putih & emas kuning.. Aku lebih prefer emas putih. Ramai orang especially makcik-makcik cakap kenapa?.. Kan bagus emas kuning, sesak2 boleh gadai.. Pada aku, barang kemas tu tkan hadiah from husben masa tunang/wedding.. kenapa mesti digadai walau sesak duit camne pon. Betul tak? Sentimental value. Tak ternilai harganya :)

8) Last sekali berkaitan photographer/videographer, advise aku cari yang betul2 suka dari segi portfolionya. Kasi cadangan posing mana yang korang suka, posisi mana yang nampak korang cun/hensem. Sebab majlis wedding tu akan habis, hantaran akan habis dipakai, baju akan dipulang ke bridal, semuanya akan back to normal but gambar/video yang ada akan jadi kenangan sampai bila-bila. The memories tak kan dapat lagi. Jadi silalar cari photographer yang betul2 best okie? :)


Monday, April 4, 2011

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Hi! Ni entry terperap.. lama dah nak post entry nih.. tapi ade je idea-idea datang mencurah-curah bile teringat.. sebab tu kasi perap dulu.. Ade tak dikalangan korang yang melalui cinta atau melalui perkahwinan jarak jauh?.. Aku penah ah dulu dengan encek husben.. even before-bedore this dengan ex-ex boypren yang tak best hehehe *gelak jahat*

Dulu aku dengan encek husben bercinta jarak jauh .. JB-Penang.. walaupon we'all bercinta kejap je.. tapi jarak jauh tu bersambung untuk few months lepas kawen.. Cinta jarak jauh nih ade pro and kontra.. Tapi really needs kejujuran yang tinggi..(skema lol cara aku ckp nih hahaha).. yelar yang dekat dimata pon ade yang curangss apetah lagi yang jumpe dlm tepon je (3G)..

seperti contoh: dia nak melepak dengan kengkawan dia.. dan ade jugak few member pompuan join.. mesti ade rasa jeles kan?.. takyah tipu ah.. aku wanita biasa.. paham sangat haha. apatah lagi kalu masa tengah bosan n kesepian sekali lagi bahasa skema aku kuar..

kalu ikut cara aku handle ialah try to spent masa wat menda lain cam fokus on work.. lepak dengan kengkawan (bukan dengan skandal ye).. cari hobi yang best.. walaupon jauh.. kena cari masa gak nak berjumpa.. jangan ah jumpa stahun sekali.. bukan ape hati manusia nih.. "yang dekat akan lebih menang".. peribahasa nih hanya orang yang jarak jauh je tau..

Lepas kawen, aku dgn en husben maseh jarak jauh lagi.. (perkahwinan jarak jauh) untuk 4 bulan sbb aku masih keja kat JB dan dia kerja kat penang.. Okay, ni perasaan yang sumpah tak best lol.. lagi tak best compare dari masa bercinta dan bertunang berjauhan.. maybe dah tukar title isteri kot.. (bukan sebab sexual intercourse ye) tapi lebih pada nak husben selalu ade everyday! sedih bila tgk husben wife lain boleh bertentang mata selalu tapi kite jumpe dlm 3G je.. but my husben take inisiatif untuk balik every week atau 2week sekali.. atau aku g Penang.. can u'oll imagine how much it cost?? kadang naik bus kadang naik airasia.. huhuhu.. nak wat camne kan.. rindu punye pasal :(

But after 4 months lepas kawen, aku dah dok Penang!! sebab dapat keje kat sane.. as usual semua orang tanya nape resign dari keje lama.. tak sayang ke and what so ever.. but do i care.. aku yang melalui everyday routine.. lagipon en husben sgt mengalu-alukan.. so... ade aku kesah what people think about my decision kan. Kita yang tanggung, so we should know more about ourself.

Tapi kat sini aku sangatlar tak menggalakkan cinta/perkahwinan jarak jauh.. Banyak tak bagus dari bagusnya. Kalau jauh sebab belajar or kerja.. try to cari jalan to stay together(for married couple only)..
p/s: aku bosan tahap mencapap kat kerja baru nih, dok rajin mengupdate blog je lar huhu.

Blog satu lagi start arini ! Hoyeah !

Salam & hello semua!

Seperti yang aku dah beritahu on the last post, aku dengan my husband in the process buat business online. So, we all mencari "lubang-lubang  yang boleh dapat barang dengan HARGA MURAH dan BERKUALITI. Bila da siap semuanya, arini start to post it to all our frens!

Meh tengok blog aku nih: http://couple2f.blogspot.com

Untuk permulaan, we all jual perfume Gred AA Dubai dan eyeshadow MISS ROSE . For your information, sebelum jual, we all da try all product and VERY SATISFIED with it. Yelar, nak jual barang ni kualiti penting kan?.. So, please take a look our blog and keep updating sebab banyak lagi barang yang we all akan jual dalam blog tu. 

okays, see ya ! :)

p/s: the reason aku tak jual je dalam blog nih sebab tak mau campur adukkan personal dgn biz. btw, aku akan buat sambungan TIP FOR BRIDE TO BE II!