Followers

Thursday, October 20, 2011

Jodoh ketentuanNya

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

U'olls sudah berkahwin?.. Sedang bercinta?.. Atau sedang mencari cinta?.. Sama seperti orang lain.. Fara pernah dan sedang melalui ketiga-tiga fasa tersebut. Putus cinta berkali-kali *ala-ala hot la pulak ahahah*, mencari cinta dan akhirnya berkahwin dengan orang yang TAK SANGKA kini menjadi suami =)


Nak bercerita kisah cinta fara dengan en somi.. We'oll tak bercinta lama.. Pertama kali berjumpa pada tahun 2008. Ketika itu sama-sama pekerja ambilan kontrak salah satu jabatan kerajaan di JB. Tidak pernah bertegur sapa.. sekadar mengenali nama sebagai rakan sepejabat sahaja. Apatah lagi waktu tu masing-masing ada bf/gf =)


En somi tak lama bekerja disitu.. Dia mendapat tawaran menjadi guru dan bekerja di Penang. Dan Fara ketika itu masih bekerja ditempat yang sama dan setengah tahun kemudian (2009) Fara mendapat kerja yang lebih baik. Dengar cerita dari rakan sekerja lama ketika itu, en somi sudah single tepi Fara tak ambil "port" kerana ketika itu Fara sudah mula serius dengan ex-bf untuk menjalin hubugan yang lebih serius.. Tetapi hubungan Fara dan ex-bf tak lama.. Ia menjadi hambar dan putus ditengah jalan.. 


Sebulan selepas putus dengan ex-bf, tiba-tiba satu pagi dapat sms dari seseorang.. lebih kurang begini ayatnya.. "wei, ko ape cer?.. sihat? semalam aku mimpi ko ah.. ntah apa kes mimpi ko pulak hahahah". Masa tu ingat org salah sms tapi rupa-rupanya sms dari encik somi *masa tu lom jd somi lagilah ;)* 


Ya, bermula dari situ we'oll berbual, bersms dan ber3G.. 
We'oll tak ambil masa lama..
Bercinta hanya sebulan lebih terus mak mertua/ayah mertua datang merisik (20 Dec 2009)
Sebulan lebih kemudian, bertunang.. (6 Feb 2010)
dan 2bulan setengah kemudian, bernikah.. (23 April 2010)
Total masa dari bercinta hingga tarikh nikah= 6 bulan sahaja.. 


Ni gambar we'oll selepas majlis nikah.. 


Dan Fara percaya apabila tiba pada masa dan orang yang dah ditentukanNya.. jalannya memang mudah.. senang je.. takde dugaan teruk-teruk.. dan bercinta lepas kahwin memang BEST ;) Doakan jodoh kami berpanjangan dan berbahagia hingga ke akhir hayat + dapat baby cepat-cepat ye.. ^^ 

11 komen:

Reensyarinie said...

wahhh bestnya cter akak....jodoh dpn mata je rupanya kak..cuma tggu masa yg ditentukanNya saja..insyaAllah doakan yg tbaik utk pkahwinan akak :)

puanstoberi said...

kadang kita cam tak sangka.
tkpe,nati dkt anniv kekda citer kisah kekda pulak. huhu.

oh. itu la kisahnya Fara ada kat Penang skang?? ikut suami yer :))

cahya indah said...

bestnya bercinta sekejap pastu kahwin.. :)

Farrah_Anuar said...

so sweet sis.. Semoga sis & suami kekal hingga akhir hayat,, Amin.

Unknown said...

wow...sungguh menarik!

betul kan, klu dah jodoh tu, allah permudahkan semua...

bagus tu sbb dia dpt mimpi dan terus buat tindakan, kira suami gentleman la...
tak simpan je dlm hati kan...


semoga terus kekal bahagia ke akhir hayat :)

halila Ibrahim said...

biasalah .. kita hanya merancang tapi Allah jua yg tentukan ...semoga kekal hingga akhir hayat .. :)

Unknown said...

wahhh! cayalah kak .. ni barulah jodoh .. AMIN .. semoga akak dengan bakal eh, suami kekal sampai bila2 .. sampai syurga insyaAllah :)

~LeeyanaRadhi~ said...

betul...sokong!
Jodoh. ajal. semua ditgnNya...tidak lambat mahupun awal walau sesaat =)

y i e n said...

wahhh bestnyer...sumenyer jap je...org ni dah bercinta 6thn lbey dah, baru nak tunang, hehehe~

Lissa Supplement Shaklee said...

mesti u xsangka kan farra....rupanya depan mata jer jodoh u tu...hihihihhi...semoga bahagia selamanya....:)))

Hijab Style ABJK said...

wow!bestnya kisah percintaan fara!i like byk2.hehe..tq sudi singgah blog ..n tq for the doa juga.ameen..akak doakan moga fara & suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat..ameen lagi..;)