Followers

Wednesday, January 30, 2013

Bila ramai anak...

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Fara memang suka tengok orang. 
Maksud kat sini tengok peel orang. 
Bukan apa, yang bagus kita ikut. yang tak bagus jadi pengajaran.

waaa ayat buku hahaha

situasi 1:

Anak 4 orang. 
6tahun, 4tahun. 2tahun dan baru lahir.
Anak sulung dimasukkan tadika ketika berumur 4tahun.
Sekarang dah masuk tahun ke3 bertadika

yang 4tahun patutnya masuk tadika tahun nih kalu ikut abangnya.
tak dimasukkan.
sebab?
mak dia kata tak perlu. 
umur 4tahun tadika memain je.
tunggu tahun depan.

nampak pilih kasih.
atau mungkin dah mula rasa banyak nak bayar.

pengajaran: 

start plan pembelajaran anak-anak dari mula.
jangan anak pertama je beria.
kesian anak-anak lain tak merasa begitu.

situasi 2:

Ibu yang tak brestfeed. Sepenuhnya FM dari lahir.
Anak 3 orang.
Anak sulung minum susu mamil gold sampai umur 4tahun
**mamilgold susu FM kategori mahal**
Anak no2 minum susu snow sampai umur 2tahun
**snow susu FM kategori sederhana**
Anak no3 minum lactogen sedari lahir.
**dumex lactogen FM kategori murah**

Alasan bila anak no3 minum susu dumex?
Alaa susu semua sama je.
Errr.

Kalau macam tu. Untungnya jadi anak sulung.

Anak-anak tak bersalah.
Mereka tak minta dilahirkan sebagai anak ke2,3,4.

Sama-sama kita pikirkan.



Monday, January 28, 2013

Meroyan nak kurusss

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google












Rasa nak gelak pulak baca tajuk entry atas nih kihkihkih
Okay rasanya semua orang nak kurus x kiralah laki ke pompuan

Iye kot ada yang hidup dalam denial

"tak kisah gemuk ke kurus asal sihat"

padahal dalam hati membuak-buak rasa nak kurusss kan? kan? 
ops sorry kot ada terasa.
ni cakap secara general je.
Lumrah manusia rasa kurus tu cantik dan gemuk tu sebaliknya kannn??

Dulu sebelum kawen Fara boleh dikategorikan sebagai kurus. 
Berat menten jew 48kg walaupun sangatlah suka makan. 
Lepas kawen, berat pelan-pelan naik sampai 55kg. 
Tanpa sedar ni. *Sedar gak tapi malass nak pikir sangat ;)*

Semasa pregnant berat naik 1-2kg sebulan sampai 2hari before deliver.. 64kg. 
Kot ada yang cakap xdelah gemuk mana. 
Ye memang tapi tengok pulak tinggi fara yang seberapa nih. 
nampak sungguh "sihattt".. sob sobss :(

30 hari lepas bersalin timbang kat KKIA.. berat 56kg.
Hasil pantang betul-betul, breastfeed, tungku dan 24jam berbengkung. Nampak macam banyak je turun tapi still kalau jumpa sesapa akan cakap "tembamnya ko fara" hukss.

Lepas 5bulan ++ deliver sekarang berat 54kg. Nampak dah susut sikit tapi masih ada muffin top esp bila duduk.. pipi pulak kemain tembam sampai rasa tudung pun ikut mengembang ohoooo mencikk!

Macam-macam pakai losyen dari pati halia ke felinna inchloss.. 
hasilnya loss money adalah --'
Oh jangan ada rekemen pb. Tak mampu. 
Kot ada nak bagi tips atau petua nak selimkan esp bhgian perut sangatlah dialukan..

Jumpa dalam next entry yaaa! take care!

Saturday, January 26, 2013

Petua agar dipermudahkan bersalin

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


credit: google
Tetiba rasa cam poyo pulak buat entry bagi petua senang bersalin. Yelah baru anak sorang kan. Apalah sangat kalau dibandingkan orang lain dah beranak 6,7 kali. Tapi takpelah nak jugak share beberapa petua yang Fara amalkan sebelum deliver arituh..

* minum air hujung rambut. Lepas je basuh rambut.. bilasan terakhir tu minum sambil baca doa Nabi Yunus. Sebelum tu make sure rambut dah bersih betul.. kang ada pulak rasa shampoo hihi.

* minum air akar fatimah.. Fara rendam dan minum 3 hari sebelum bersalin.. memang kembang. jadi sebesar pinggan makan. Minum dan baca doa Nabi Yunus.

* minum minyak kelapa dara sehari satu sudu kecik dan sapu/buat urutan perineum minyak tersebut kat tutt untuk mudahkan bukaan. 

* amalkan doa Nabi Yunus dan ayat 20(Surah al-abasa) sepanjang masa. 

*Minta maaf dengan semua orang terutama suami, mak abah, mak bapa mertua agar dipermudahkan urusan.

*jangan minum air selusuh selagi bukaan belum 7cm. penting nih. kalau tak rasa sakit berpanjangan tapi jalan tak bukak. nih nasihat dari doktor/nurse.

*banyakkan berjalan.. 

* banyakkan solat tahjud, solat taubat dan solat hajat.

Fara percaya walau pelbagai usaha makan atau minum itu ini buat tapi kalau bukan dengan izinNya ia takkan terjadi. Kalau ada yang nak share petua-petua lain pun boleh share..

Okay, Aina dah jerit minta susu. Take care! Bye! =) 


Wednesday, January 23, 2013

Setelah sekian lama menyepi...

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Ohooo dah berbulan tak berblogging. 
Last post entry masa dalam pantang dan sekarang little Aina nak masuk 6 bulan!
apakah malasss sekali engkau wahai fara oiiii hahaha

Alasan tak post entry?
Bukan sebab Aina yaa. 
Tapi sebab ibunya yang tak pandai organize masa.

Banyak sangat cerita tertunggak nih..

-tips mudah bersalin
-cerita pasal nak kurus lepas bersalin
-cerita pasal majlis aqiqah & cukur jambul Aina. 
  serius cerita basi sebab rambut Aina pun tumbuh dengan lebatnya haha.
-cerita pasal sukaduka breastfeeding journey
-cerita pasal nak introduce solid food kat Aina bulan depan
- cerita pasal makcik-makcik kepoh yang menyakitkan hati. 
   eh. cerita macam nih haruslah ada kan hihik ;p

rasanya nak kena rajin buat autodraftla huuu.

nih latest picture puteri kesayangan kami

Aina Nabihah- 5 months ++


















Jumpa lagi next entry! 
Pada yang amik cuti jumaat nih, selamat bercuti panjang!
Take care!