Followers

Friday, June 15, 2012

33 weeks update!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google
Fuhhhh.. setelah sekian lama MALAS hapdet blog.. baru reni rajin nak buka blog.. Minta maapppp kat semua geng2 TTC/mom2be/blogger sebab lama sudah tak jenguk blog u'olls.

Quick update:

-Alhamdulillah dah masuk 33 minggu pregnant. kejap je rasa. cam baru retu rasa blur-blur tengok double line kat UPT ;)

- Syukur jugak setiap kali check up, kesihatan baby & Fara memuaskan. Hopefully akan camni sampai due date lagi 7 minggu InsyaAllah.. *berharap sampai bersalin tak kena minum air gula*

-90% barang baby dah siap.. Dah mula basuh baju, seluar, selimut, mitten&booties etc. Teruja tengok ampaian dengan baju baby. Kejap-kejap keluar belek baju dia ;p

-Semakin ramai "mak bidan" tak bertauliah meneka-neka bila baby nak keluar, teka gender baby ikut kebesaran perut dan itu ini.. ;)

Okay, tu jelah nak update.. Tengah merajinkan diri nak buat kronologi cerita sepanjang pregnant ;p

Kepada TTC'ian yang berjaya pregnant, tahniah! semoga lepas makin ramai geng-geng TTC akan pregnant tak lama lagi.. Fuhhh.. *babydust* kepada semua. Kepada mom2be yang sudah selamat bersalin, tahniah! moga menjadi ibu yang terbaik :)

U'olls doakan baby & Fara sihat, selamat & dipermudahkan yer?
Take care semua! Ceria selalu ^.~

Saturday, June 2, 2012

UiTM Di Hatiku ;)

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Tengah boring-boring tengok macam-macam video kat youtube.. 
tertengok video kat bawah nih..

Pudar-Rossa UiTM

Hahaha serius lawak video ni. Teringat masa awal 2006.. lagu rossa-pudar tengah famous. Budak-budak lelaki buat video tiru sebijik video asal rossa. Tengok video nih teringat time dok Kolej Delima. Bilik asrama yang oldschool habis.. Sekarang dah cantik dah. Sape pernah tengok tengok filem Papadom, asrama yang Liyana Jasmay dok tulah kolej Fara dulu :)

Rindu nya time kat UiTM Shah Alam dulu.. 

Teringat masa MWS (minggu wawasan siswa).. beratur bertiga-tiga. menapak pergi menara nun atas bukit.. pergi pusat islam pepagi buta untuk qiamulail.. pakai baju kurung tapi kena pakai kasut sport! hihi.

Dewan makan kolej paling ramai hari jumaat tengahari sebab mesti makan best- nasi tomatolah, berianilah. yang penting setiap kali menu ayam mesti ramai beratur ceduk nasi. Tapi dewan makan selalunya kosong bila PTPTN dah masuk akaun hikhiks.

Kumpul duit syiling memang antara hobi masa dok kolej dulu. Maklumlah nak gayut dengan pakwe lama-lama kat henfon kan mahal. Jadi public fon kat foyer kolej tu memang jadi port malam-malam. 

Dalam satu semester mesti ada latihan kebakaran malam-malam. malam tu dalam pukul 3pagi camtu. Mula-mula dok kolej semangat turun.. dah lama-lama.. buat pekak je dengar siren. RS (Resident staff) ketuk pintu pun buat bodoh jek. Nasib baiklah memang betul latihan, kalau betul-betul terbakar dah lama rentung ;)

Study week.. minggu revision.. orang stay up pun sibuk gak stay up. Tapi dok sibuk tengok movie kat komputer roomate. Study postpone sampai malam exam. Hasilnya.. hahahaha.. baru sekarang rasa nyesal ;p

Banyak sangat kenangan nak list kat sini.. Dok pun lama kat sana.. Dari 2001-2003 (pra-ijazah undang-undang)*sekarang panggil asasi.. pastu 2003-2006 (ijazah undang-undang).. banyak sangat suka dan tak lupa duka pun ada gak sepanjang belajar kat sana tapi itulah yang mengajar menjadi kita hari nih *eh, skema betul ayat hahahah*

Ada sesapa tak kat sini ex-UiTM Shah Alam gak?

**asek hapdate pasal peknen je kan.. reni cite pasal len lah pulak. cite pasal peknen next entry ^^