Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!
Alhamdulillah..
baby dalam perut ibu dah 22 weeks (5 bulan lebih) =)
Kalau tengok kat bawah ni dah sebesar sebiji betik!
credit: google |
"Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.
Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.
Berat Fara sebelum pregnant: 55kg..
Sehingga minggu lepas 21weeks: berat 59kg.
Dah naik 4 kg sepanjang pregnant!
Naik lingkungan 1.2-1.6kg sebulan.
Harap-harap lepas nih berat tak naik mendadak..
risau sekarang nafsu makan sangat dasat huu~~ ;p
p/s: dah tau gender baby! =)
Happy Weekend Semua!!