Followers

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesdays: Mee Rebus, Plaza Angsana JB Terbaik!






Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata..

Thursday, November 24, 2011

7 Rules to be HAPPY!

Assalamualaikum wbt & hello peeps!



1. Have faith in Allah.
2. Don't worry.
3. Live simple.
4. Expect a little.
5. Give a lot.
6. Always smile.
7. Never hate.

p/s : If Allah brings you to it, He will bring you through it. Insya-Allah :)

Tuesday, November 22, 2011

My brother & Bff is getting married!!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google
Maaf kerana lama tak update apa-apa cerita disini. Fara akan pulang ke hometown tercinta  <Johor Bahru> esok kerana salah seorang BFF Fara akan berkahwin.. dan juga satu-satunya adik lelaki Fara akan bernikah minggu hadapan *sama tarikh dengan birthday Fara. eh? apa motip bitau kat sini ekekeke*.. 

Yahoo.. bercuti panjang.. Mau habiskan masa sepuas-puasnya bersama keluarga, keluarga mertua dan juga kawan-kawan.. maklumlah bila dah dok jauh dan dah kahwin nih masa sungguh terhad *busy mengalahkan menteri pulak ko ye hikhiks ;p*

Rasa sungguh teruja dengan perkahwinan mereka maklumlah keduanya merupakan orang kuat ketika Fara bertunang dan berkahwin tahun lepas.. Semoga semuanya berjalan lancar.. 

Amin Ya Rabbal Alamin

Friday, November 18, 2011

Contest: Jom raikan Cinta Sempena ANNIVERSARY

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Lama tak join contest-contest nih sampailah Eka buat contest sempena anniversary kawennya.. 

Mula-mula buat entry dan tempek gambar kat bawah nih


Eka tak paksa sesapa join contest nih kena folo blog dia..
 Tapi kalau folo tau apa perkembangan contest nih ye dop?
Fara dah tentu folo blog Eka ^^

Pastu jawap tiga soklan cepu emas Eka;

1 - pasangan ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke...? 
     Anniversary ke 2 =)

2- mereka akan sambut di...? 
     Di Korea.. =)

3- sila cadangkan destinasi bulan madu yg WAJIB dikunjungi pasangan ini ... 
     Fara cadangkan Puan Eka & hubs pergi Cameron Highlands! Percutian yang sejuk, tempat menarik dan paling penting budgetnya tak begitu mahal ^^

Ni beberapa gambar Fara masa bercuti di Cameron Highlands dua minggu lepas..



Bunga-bunga yang kembang.. cantik kan?



Strawberi gantung-gantung.. Boleh petik sendiri..



Ladang Teh Barrat




Sejuk kat sini.. Nyaman je rasa ^^



Ladang Teh BOH Habu


Haaa teruja tak tengok gambar-gambar Fara tu?..

Ni ada beberapa tips untuk Eka semasa disini:

* makanan kat sini agak mahal.. Tapi kat food Court kat Brinchang harganya tak mahal 
Takpun bawak back up- Maggie Cups ek? hihih

*Bila pergi time cuti sekolah/public holiday harga hotel kat sini melambung hingga 2 kali ganda terutama kalau Eka call untuk booking. To play safe, booking sahaja hotel melalui phone nanti dah sampai sana boleh walk in je mana-mana hotel lain.. sebenarnya kalau walk in harga lagi murah dan boleh ditawar harganya  =)

* Jangan cepat eksited untuk beli strawberi ke, fridge magnet ke kat kedai-kedai souvenir.. sebab kalau kat night market Brinchang dan Kea Farm boleh dapat lagi murah dan lagi banyak kuantiti.  Night market Brinchang hanya ada malam minggu sahaja tetapi kalau ada public holiday/cuti sekolah ia dibuka setiap hari.. *sangat sesuai untuk orang yang bergelar cikgu cam Eka kan hikhiks*

Lepas tu kena tag 2 orang so Fara tag..


Kalau sesapa nak join dan mau lagi details pasal contest ni sila rujuk SINI 

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday: Mari Beristiqamah..

Credit: Google

Tuesday, November 15, 2011

Saya Bangga Jadi Anak JOHOR!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


Nak bercerita pasal negeri kelahiran Fara.. Tempat dilahirkan, disekolahkan, dikahwinkan erk? hakhak. Fara orang Johor Bahru. En Suami pun orang Johor Bahru. Cuma dah lepas kawen nih je lah dok jauh bekerja diperantauan-- Penang. Fara terbaca ada artikel best orang dok forward kat Facebook tentang ANAK JATI JOHOR..

1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). 

Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.


*Memang ramai anak Johor cakap ekk kat last sekali ayat hihihi

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


*Ni Fara tak pernah dengar.. Maybe sebab Fara memang dok kat Johor Bahru kot.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR , Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


*Keluarga abah Fara asal Muor.. Memang cakap camni.. =) 

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

* Kebanyakkan memang kelakar.. Tapi ada jugak yang serius orangnya..

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. 

Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


* Endut= boyfriend/girlfriend. Sekarang dah kurang orang guna perkataan ENDUT nih. 

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy… Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke benda ni kat Johor ?


*Masih ada lagi tapi agak susah nak dicari..

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. 

*Rasanya tahun 80an-awal 90an je kot.. Sebab Mawi bukan mat rock hihihi..

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang. Ia ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

* Teringat masa Fara kawen mak, abah & pakcik, makcik busy buat telur pindang sebanyak 1600biji selama 3 hari! Telur pindang nih tahan lama disimpan. Memang sedap makan cicah kicap.. 

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

* Selain tu, agar-agar= lengkong, seng-seng lengan baju=lipat lengan baju..

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

* Dah kurang tengok channel singapore sebab rumah dah ada astro. Tapi mak Fara suka tengok Channel Suria.. sebab ada rancangan masak-masak. Dulu sebelum Aaron Aziz femes kat malaysia, selalu gak tengok dia lakon drama singapore kat channel suria ^^

Pada Johorians yang baca entry nih.. ada lagi tak nak tambah? hikhiks..

Monday, November 14, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands Part III

Assalamualaikum wbt & Hello Monday peeps!

Okay, ni last entry pasal jalan-jalan kat Cameron Highlands. 
Amaran keras: Entry yang penuh dengan gambar ^^ 

Lepas pergi Ladang Teh Barrat, we'oll ke Ladang teh BOH Habu.. Ladang ni agak kurang femes jika dibandingkan dengan Ladang Teh Barrat dan Ladang Teh BOH Sungai Palas. Ia kerana kedudukan agak jauh ke ceruk sikit. Kalau u'oll datang dari arah Tapah, akan melalui pekan Habu. Kat situ ada sign board ke Ladang Teh nih. Jalan memang sangat sempit, berselekoh dan cukup untuk dilalui sebuah kenderaan sahaja dalam satu-satu masa..


Dah sampai, apalagi en suami pun busy nak posing hakhak.


Atas bukit tu ada kilang memproses teh BOH, kedai jual teh dan kedai lepak-lepak minum teh/desserts.


kedai menjual pelbagai jenis teh BOH..


cik isteri =)



Dalam kilang memproses teh BOH. Di sini ada kilang tour guide setiap 15minit ditemani seorang pekerja BOH untuk menerangkan fungsi setiap mesin.


Serbuk Teh


pelbagai jenis serbuk teh dari teh uncang, teh serbuk hinggalah ke hampas teh ;)


mari minum teh BOH Gunung Cantik. Memang sedap apatah lagi kat sini memang sangat sejuk. Sila abaikan pipi tembam tuan blog hikhiks..


En Suami yang kengkonon gambar diambil candid hihihi.


Sebelum keluar ke pekan Habu, ada Bee Farm kat sebelah kiri dari arah Ladang Teh BOH Habu.


Bahagian depan memang banyak sunflower yang ada lebah duduk kat situ..


Sarang lebah dalam kotak.. Kat bahagian belakang kotak nih ada lubang kecik untuk lebah keluar masuk..
Agak bahaya kat sini. We'oll pun kejap kat sini sebab takut kena sengat --'


Sebelum balik dan makan tengahari kat Tanah Rata.. 
amik gambar kat Smoke House, Tanah Rata.

Okay, tu je gambar jalan-jalan kat Cameron.. mekasih pada follower baru, pada yang komen entry-entry lepas. nanti Fara singgah blog u'oll ek.

nak sambung buat kerja dulu..

Friday, November 11, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands Part II

Assalamualaikum wbt & hello peeps!

Seperti yang diberitahu dalam entry lepas Fara sambung pasal percutian kat Cameron Highlands.. Waktu malam kami habiskan dengan berjalan-jalan kat Night Market, Brinchang. Petangnya hujan jadi waktu malam memang sejuk..


En Suami busy shopping ;)


belakang tu, kedai souvenir..


haaa berlambak fridge magnet..


ni pulak sarang lebah yang dipotong-potong untuk dijual..
Penuh orang kat gerai nih.. dok jakun tengok dia potong sarang lebah termasukla tuan blog hikhiks


sepotong, rm2.00.. madu dia sedappp tapi kulit putih tu liat cam chewing gum. 


ramai orang kat night market..


10 bungkus sayur= rm10.00! masa nih dorang dah nak kemas balik, baru terhegeh-hegeh nak amik gambar hehehe

Kedai makan kat sekitar Brinchang, rata-rata kedai makan Cina dan Mamak. Ada KFC, Food Court yang menjual makanan melayu dan sebuah kedai tomyam kat belakang Masjid Brichang.. Memang kaw-kaw makan tomyam time sejuk-sejuk nyum3. 

Cuma kat sini makanan agak mahal sikit maklumlah tempat percutian. Fara beli mee goreng n ayam goreng, nasi lemak n ayam goreng= rm14.00 kat night market. Fuhh memang terasa mahallah sebab beli kat night market bukan kat restoran. Tapi tak kisahlah nak isi perut punya pasal.. sejuk-sejuk memang asek lapar je hikhiks.

Keesokkan hari, we'oll breakfast kat kedai mamak Tanah Rata sebelum sambung aktiviti jalan-jalan.. 


Tanah rata pukul 9.00 pagi. Berkabus..



Lepas breakfast, we'oll terus ke ladang teh barrat. ladang teh nih memang penuh dengan orang. Maklumlah kedudukannya strategik kat tepi jalan. Sini ada kedai souvenir dan jugak kedai minum teh.


Ladang Teh Barrat


Bersama ranting-ranting pokok teh hikhiks


En Suami pun nak posing jugak

Kalau nak turun sampai ke tengah ladang teh pun boleh cuma larat tak larat je lah nak panjat bukit balik keatas hehehe.

Nanti Fara sambung jalan-jalan ke Ladang Teh Boh Habu, Kilang Teh, Bee Farm dalam next entry..

Thursday, November 10, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands!

Assalamualaikum wbt & hello Peeps!

Memandangkan cuti Hari raya Korban dua hari je dan hari sabtu pun kena datang kerja dek mengejar dateline jadi we'oll plan untuk beraya kat Penang je. Tapi lepas solat raya rasa bosan pulak dok umah sebab Isnin masih cuti.. En suami kata "Yang, jom kita pegi Cameron nak tak?" We'oll packing barang n terus gerak ke Cameron Highlands! 

Sepanjang jalan Fara try call beberapa hotel kat Brinchang yang ada kosong.. Kebanyakkan hotel memang 2 kali ganda rate berbanding hari biasa. Tapi mengikut pengalaman kawan-kawan, dapat lagi murah kalau terus walk in ke hotel terus instead booking dari telefon. Untuk jalan selamat, we'oll booking bilik De Couleur Inn kat Brinchang..



Dari arah utara keluar Exit 137- Simpang Pulai Highway PLUS Utara-Selatan





Sambil-sambil menceceh dengan en suami, cik isteri camwhore la apalagi hihiks


Dah sampai terus ke Big Red Strawberry Farm, Brinchang



bunga daisy yang sangat cantikk..

\

kaktus yang besar. buat muka konon-konon teruja hihiks


salad yang gemok-gemoks


En suami pun posing jugak


Strawberry gantung-gantung..


posing cam kanak-kanak riang ^^



Cik Isteri dan Encik Suami =)

Kat sini, boleh plucking sendiri strawberry dengan minimum ambil 1/2kilo= rm20.00 atau 1 kilo= rm40.00. Red farm strawberry farm ni satu tempat dengan cactus valley. Ada kedai souvenir dan jugak kedai makan bertema strawberry. Teringat kat kekda Pnstoberi  bila datang sini hihiks ^^

Nanti Fara sambung lagi cerita jalan-jalan kat Cameron dalam next entry..

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday: Bersyukur seadanya..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!


credit: google

Just count your blessings, and look at things positively ;-)


Happy Thursday everyone!