Followers

Saturday, July 30, 2011

Segmen 3 Jam Je

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Lama dah Fara tak join segmen oleh blogger lain.
 Kali nih nak support segmen salah seorang "pengomen tegar" blog nih CIK TIA  ;)

Caranya mula-mula..

* Buat satu entri dan masukkan header bawah ni..


2. Letak tajuk SEGMEN 3 JAM JE.

3. Dah siap tinggalkan link kat kotak komen di SINI

4. Tarikh tutup jam 11 MALAM ni (30 Julai 2011)

Mudah jer kan? Jom ramai-ramai join segmen ni ^^

Thursday, July 28, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Rasa lama dah penyakit "M" hinggap kat diri Fara nih. Lebih suka berblogwalking dari menaip entry dalam blog sendiri heheh. Sementelah Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba 3 hari lagi Insya-Allah, jom kita beramai-ramai mengamalkan doa kat bawah ini..

credit: SINI

Sebelum nih, Fara pernah mengamalkan doa ini tapi tak bersungguh-sungguh. Kejap ingat nak baca.. Kejap lupa nak baca.. Doa ini bagus untuk mereka yang ingin dipermudahkan segala urusan.. dapat keberkatan dalam hidup.. yang belum jumpa jodoh.. belum mendapat zuriat.. belum mendapat kerja tetap.. Sangat BAGUS untuk dijadikan amalan harian =)


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Friday, July 22, 2011

Penyakit DENGKI..

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Lama tak menceceh kat sini. Korang apa khabar? Fara, alhamdulillah diberi kesihatan dan kebahagian disekeliling ni. Terima kasih pada yang sudi baca entry dan komen walaupun dah lama tak hapdet blog =)

Dari dulu sampai sekarang.. tak kira dimana-mana memang ada penyakit nih.. Penyakit DENGKI dengan kelebihan orang lain.. Sakit hati tengok orang lebih dari dia..

Contoh seperti..

*Tengok orang dapat naik pangkat.. mulalah mengata.."eleh, pakai kabel bolehlah..!" tetapi orang itu kerja siang malam.. buat partime biz.. korban cuti weekend.. sebenarnya yang mengata tu DENGKI tengok orang lain lebih berjaya..

*Tengok perempuan pakai kereta mewah.. paling koman pun kereta toyota vios.. mulalah mengata.. "ada sugardaddy ah tu!" padahal DENGKI sebenarnya sebab belom mampu nak pakai kereta cenggitu..

*Tengok orang buat wedding gah-gah.. mulalah mengata.. "ni mesti ada orang sponser..!" "eleh, buat loan riban-riban ah tu dengan bank".. padahal DENGKI sebenarnya sebab sendiri pun teringin nak wedding camtu..

*Tengok kawan kahwin lebih awal dari diri sendiri.. mulalah mengata.. "eleh, dah ready ke belom tu nak kawen.. takut jadi andartu ah tu".. padahal DENGKI sebenarnya sebab diri sendiri tak kawen-kawen lagi.. 

*Tengok perempuan cantik bergaya.. mulalah mengata.. "pakai makeup bolehla nampak cantik.. cuba tengok dia lepas cuci make up, makcik cleaner lagi cun" padahal DENGKI sebenarnya nak cantik camtu jugak..

Sebenarnya banyak lagi penyakit DENGKI keliling kite ni.. Kalau fara nak taip kena buat Part II, Part III kot heheh. 

Kita patut mensyukuri apa yang kita ada. Jangan asyik tengok orang yang lebih dari kita.. *sebagai motivasi baguslah* kekadang kena tengok jugak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kalau kita TAK CANTIK, TAK KAYA, TAK BERJAWATAN TINGGI, kita harus bersyukur masih diberi udara untuk bernafas, akal untuk berfikir waras dan masih sihat untuk terus hidup di atas bumi Allah swt. 

Nota kaki: Mari muhasabah diri.. Sentiasa berprasangka baik dengan orang lain Bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi je ni ^^

Monday, July 18, 2011

Cinta MukaBuku


Assalamualaikum wbt & Hello Monday Peeps!

Sudah seminggu tak hapdet blog. 
Nothing to say. Nothing to share. 
Cuma sejak kebelakangan ni sebuah lagu "Catch-catch" telinga aku.. 
Heheh.. 
Layan lagu bawah nih. Comel tune dia ;)

Najwa Latif- Cinta MukaBuku

Wednesday, July 13, 2011

Tentang Dia..

Assalamualaikum wbt & Hello gorgeous peeps!


Aku telah ditag oleh Yana untuk jawap soklan-soklan tentang en suami kat bawah nih.. Jom nengok sini..

1.  He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
Astro Supersport 811

2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
dia tak pernah pulak makan salad eheheh

3. What's one food he doesn't like?
bubur..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
limau ais + kentang goreng 

5. Where did he go to high school?
Sekolah Sains Muar, Johor (SAMURA)

6. What size shoe does he wear?
size 10

7. If he was to collect anything, what would it be?
kasut

8. What is his favorite type of sandwich?
telur + kentang

9. What would this person eat every day if he could?
kentang (obses betol en suami dengan kentang ;p) 

10. What is his favorite cereal?
Dia x suka cereal. Roti canai dia suka ;)

11. What would he never wear?
baju ketat. takut nampak muncit katanya eheheh ;p

12. What is his favorite sports team?
Manchester United!

13. Who did he vote for?
ntahla. dia xpernah cakap pulak heheh ;p

14. Who is his best friend?
Farah qurashiyah. Its me! :) 


15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
menghabiskan gaji sesuka hati heheh ;p 

16. What is his heritage?
My PIL is Jawanese :)

17. What is his favourite colour?
Merah & Hitam 

18. What is his habit?
tido petang 

19. What is he proud of?
bila student dia dapat banyak A's & pointer 3.5 above dalam exam :)

20. Lastly, do you think he will read this?
rasanya dia akan baca ^^

Haaa.. 20 soklan je. Jadi sekarang aku nak tag 3 orang ni.. 
WAJIB tau buat.. ;)

Sha 

Tuesday, July 12, 2011

Penyakit Politik!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Sekadar pandangan..

"Its funny when some people could hurt other people's heart just because of their political differences.. one believes could be right or wrong.. so, be open and please, don't be too emotional.. being too emotional about an issue is just a plain stupidity.."

Maaf, blog ini bukanlah blog bercakap mengenai politik. Hanya meluah pendapat disini sebab bila bercakap tentang politik.. memasing mula emo tak tentu pasal..


p/s: Aku nak hidup dalam negara yang aman damai..

Saturday, July 9, 2011

Hati berbunga-bunga

Assalamualaikum wbt & Hello beautiful peeps!

Rasanya dah seminggu tak hapdet blog.. Maaf tiada kesempatan untuk hapdet dek kesibukan kerja, deadline memanjang, BERUKband buat hal pulak. Nak buat draft pun tak sempat. Aduyai -.-

Takde cerita menarik pun sepanjang minggu nih.. Semalam bila aku balik dari pejabat.. Terlihat sejambak bunga rose diatas katil.. Surprise dari  Encik Suami rupa-rupanya.. ^^

Add caption
Rasa hati berbunga-bunga apatah lagi En Suami bukanlah jenis suka memberi hadiah bunga. Pada dia lebih elok hadiah barang yang boleh pakai lama dan tak layu ;)

Tapi bila dia surprise bunga nih.. Terasa diri macam NORA ELENA pulak. *perasannya ko nih fara oiii hahahah* ;)


p/s: Sayang, i tau u selalu diam-diam baca blog i.. Thanks sayang for this bouquet of roses. U're my "SETH" ;p

Sunday, July 3, 2011

Happy Sunday!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Selamat hujung minggu semua! Aku bangun saja pagi nih dengan rasa gembira.. Nak tau kenapa?.. Sebab akhirnya Balik Pulau disirami hujan lebat! Alhamdulillah lepas lebih 10 hari kering kontang kot tak hujan. Dan lebih best lagi turun dipagi ahad.. Boleh bermalas-malasan dibawah selimut lama-lama sikit ;)

Sekejap lagi aku mahu pergi kenduri aqiqah dan berendoi anak sulung kawan rapat kami suami isteri. Ni pix baby masa baru beberapa jam lahir..


Muhammad farriq danish (pix dari fb ayah dia :))
Oh sungguh comel. Berharap satu hari nanti aku pun akan berpeluang mempunyai zuriat secomel nih. Aminnn. 

Apa plan korang hari ni?.. Melawat shopping complex ?.. Duduk rumah mengemas?.. Atau duduk depan lappy marathon blogwalking? ;) Apa pun aktiviti korang arini, ceria selalu hokeh ^^