Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
Korang minum sehari cukup tak 8 gelas air masak? Air masak disini bermaksud air kosong/air jerang/air putih. Air manis/berkafein/berkarbonat dikira lain..
Sebelum nih aku cukup liat nak minum air masak. Dalam sehari purata dalam 3-4 gelas air masak sahaja. Kesedaran baru datang minggu sudah hokeh. Tupun lepas terikut stail officemate berbangsa cina dok teguk air masak berkoyan-koyan. Aku surf internet dan cari apa kelebihan air masak dan mau share disini dengan korang semua ^^
Antara kelebihan air masak ialah;
* Bagi korang yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran.
* Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
* Minumlah 3 liter dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
* Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
* Minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong.
* Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong.
Info kesihatan diambil dari sumber INI . Tengok.. banyak kan kelebihan?
Pada yang masih malas-malas nak minum air masak tu sebab malas nak toilet ke atau air masak tak sedap ke.. jom sama-sama berubah untuk kehidupan yang lebih sihat Insya Allah ^^